fb fb fb fb fb

Seorang maut, tiga cedera di Rusia selepas serangan Ukraine - Gabenor Belgorod

MOSCOW, 12 Mei - Seorang maut dan tiga yang lain cedera dalam serangan dari Ukraine di barat daya Rusia.

"Setakat ini, seorang kehilangan nyawanya, dia meninggal dunia dalam ambulans, dan terdapat tiga cedera," kata Gabenor Wilayah barat daya Belgorod, Vyacheslav Gladkov, menerusi aplikasi Telegram.

Beliau berkata ia adalah situasi paling sukar di wilayahnya sejak Rusia menghantar tenteranya 24 Februari lalu.

(REUTERS)

Gladkov turut menuduh Ukraine menyasarkan Kampung Solokhi sehingga mengakibatkan satu rumah musnah.

Pengumuman itu dibuat pada hari ke-77 kempen ketenteraan Rusia di Ukraine yang telah menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.

Pihak berkuasa di wilayah Rusia yang bersempadan dengan Ukraine telah berulang kali menuduh tentera Ukraine melancarkan serangan.

Pada April, Gladkov berkata Ukraine juga melakukan serangan ke atas tempat penyimpanan bahan api di Belgorod.-AFP

Media Baharu