Georgia, 12 November - Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan pesawat kargo tentera C-130 milik negara itu terhempas di Georgia selepas berlepas dari Azerbaijan.
Menerusi kenyataan, Kementerian memaklumkan operasi mencari dan menyelamat, giat dilaksana pihak berkuasa.
Pesawat berkenaan, dilapor membawa 20 anggota tentera dengan angka mangsa belum dapat dipastikan.
Rakaman pesawat kargo itu ketika terhempas, tersebar di media sosial menunjukkan bangkai pesawat terbakar dengan disaksikan orang awam.
Presiden Recep Tayyip Erdogan turut memaklumkan Turkiye sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Georgia dan menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa.
Sementara itu, dalam hantaran di X, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev turut mengucapkan takziah kepada Turkiye.
Agensi berita Georgia, Interpress telah melaporkan pesawat itu terhempas di Sighnaghi, sebuah daerah di wilayah Kakheti, timur Georgia, bersempadan dengan Azerbaijan. - AFP