fb fb fb fb fb

Samsung gantung penghantaran ke Rusia

SEOUL, 5 Mac- Samsung Electronics (Samsung) telah menggantung penghantarannya ke Rusia, mengambil kira perkembangan geopolitik susulan pencerobohan negara tersebut ke atas Ukraine.

Gergasi teknologi Korea Selatan itu menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan berkenaan diambil selepas Apple memutuskan hubungan dengan Rusia.

"Kami terus memantau secara aktif situasi kompleks ini untuk menentukan langkah seterusnya," kata Samsung yang merupakan pembuat cip memori terbesar di dunia dan penjual telefon pintar terkemuka di Rusia.


(Gambar fail)

Keputusan itu dibuat ketika Barat, pertubuhan sukan dan syarikat-syarikat terkemuka melaksana sekatan ke atas Rusia sebagai hukuman pencerobohannya di Ukraine.

Samsung menguasai lebih daripada 30 peratus pasaran telefon pintar di Rusia yang merupakan empat peratus jumlah pendapatan globalnya.

Jualan semikonduktor di Rusia menyumbang kurang daripada 0.1 peratus daripada keuntungan Samsung.

Media Baharu