CAPETOWN, 14 September- Timbalan Presiden Afrika Selatan, Paul Mashatile, dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas mengalami masalah akibat cuaca panas ketika memberikan ucapan pada petang Sabtu.
Perkara itu dikongsi perdana menteri wilayah Limpopo kepada penyiar negeri SABC.
Mashatile pengsan ketika berucap dalam satu majlis memperingati pelantikan seorang pemimpin tradisional tempatan di Tzaneen, wilayah Limpopo, 412 kilometer (256 batu) timur laut Johannesburg, lapor SABC.
Perdana Menteri wilayah Limpopo, Phophi Ramathuba, yang juga seorang doktor perubatan, memberitahu Paul Mashatile tidak berada dalam bahaya selepas mengalami kesukaran akibat cuaca panas di penghujung ucapannya.
"Timbalan presiden berada dalam keadaan baik, dia bersama pasukan perubatannya. Saya bersama mereka, dia okey dan tiada apa yang perlu dirisaukan," kata Ramathuba.-REUTERS