fb fb fb fb fb

Rakyat Palestin beri penghormatan terakhir mangsa serangan Israel

FOTO REUTERS

GAZA, 3 Disember - Rakyat Palestin berkumpul di Gaza pada Rabu bagi memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang menurut pegawai perubatan, maut dalam serangan tentera Israel pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 357 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Keganasan berkurangan sejak gencatan senjata pada 10 Oktober, tetapi Israel sehingga ke hari ini terus melakukan
serangan ke atas Gaza.

Israel sebelum ini menuduh Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata yang disokong oleh Amerika Syarikat. -REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM