DOHA, 6 Disember- Qatar meneruskan semula peranannya sebagai orang tengah dalam usaha untuk mendapatkan gencatan senjata di Palestin.
Negara teluk itu, bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan Mesir terlibat dalam beberapa bulan rundingan untuk gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan selepas hampir 14 bulan serangan.
Pada November, Doha menangguhkan pengantaraannya dalam perbincangan itu.
Serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh 44,580 nyawa yang kebanyakannya merupakan orang awam.- AFP