fb fb fb fb fb

Pyongyang tawar bantuan ketenteraan penuh kepada Moscow dalam perang di Ukraine

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ketika bertemu Menteri Luar Rusia, Sergie Lavrov di Wonsan, Korea Utara/Foto AFP

PYONGYANG, 13 Julai - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menawarkan sokongan dan bantuan ketenteraan penuh kepada Rusia dalam perang di Ukraine tanpa sebarang syarat.

Termasuk, menghantar ribuan pasukan dan peralatan ketenteraan bagi membantu Moscow menghadapi pasukan dari Kiev.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, komitmen tersebut disampaikan Kim kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam pertemuan bersama wakil Kremlin itu di Wonsan.

Lavrov turut menyatakan penghargaan kepadaa Kim atas penglibatan pasukannya di wilayah Kursk dan sokongan ke atas operasi-operasi yang dilaksanakan tentera Rusia.

Beliau berada di Pyongyang dalam rangka lawatan terbaharu pegawai tertinggi Moscow, bagi memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

Menjelang lawatan tersebut, Rusia turut mengumumkan penerbangan terus antara Moscow dan Pyongyang, dua kali seminggu.-AFP

ASHRIQ FAHMY AHMAD