FRANKFURT, 3 Jun- Seorang anggota polis berusia 29 tahun yang ditikam pada Jumaat di bandar Mannheim Jerman semasa serangan ke atas demonstrasi sayap kanan telah meninggal dunia, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki berusia 25 tahun menggunakan pisau, mencederakan enam individu, menurut polis di negeri Baden Wuerttemberg, Jerman.
"Dia menikam pegawai polis itu beberapa kali di kepala," kata kenyataan polis, sambil menambah pegawai itu menjalani pembedahan kecemasan sejurus selepas serangan berkenaan dan diletakkan dalam keadaan koma tetapi akhirnya meninggal dunia akibat kecederaannya pada Ahad.
Dalam kejadian tersebut polis menembak dan mencederakan penyerang.
Siaran strim langsung dari Mannheim pada Jumaat menunjukkan aktivis anti-Islam Michael Stuerzenberger bersiap sedia untuk berucap kepada orang ramai pada satu acara oleh Pergerakan Pax Europa.-REUTERS