TOKYO, 26 Januari- Suspek kes tikam di sebuah stesen kereta api Jepun yang mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan dua yang lagi akhirnya berjaya ditahan.
Perkara itu diumum polis Jepun pada Ahad.
Serangan yang berlaku pada Rabu malam di luar Stesen JR Nagano di Jepun tengah itu merupakan kes jenayah yang jarang berlaku di negara tersebut.
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun, atas tuduhan cubaan membunuh, menurut seorang pegawai dalam sidang media yang disiarkan oleh penyiar awam NHK.
Suspek mungkin menghadapi tuduhan tambahan pada peringkat seterusnya.
Mangsa yang terbunuh adalah seorang lelaki berusia 49 tahun, manakala seorang lelaki berusia 30-an mengalami kecederaan serius, dan seorang wanita berusia 40-an cedera ringan, lapor media tempatan.
Ketiga-tiga mangsa dipercayai diserang secara rawak di sebuah perhentian bas di luar stesen kereta api, kata media Jepun, memetik sumber siasatan.
Nagano merupakan ibu kota wilayah eponim yang terkenal sebagai destinasi sukan musim sejuk.-AFP