fb fb fb fb fb

Polis Ireland gagalkan cubaan seludup 2.2 tan kokain, 10 individu turut ditahan

FOTO HIASAN

DUBLIN, 15 Mac- Polis Ireland telah menahan 10 individu berhampiran sebuah perkampungan pantai di barat daya negara itu, sekali gus menggagalkan penghantaran dadah oleh geng pengedar dadah antarabangsa.

Penangkapan itu adalah yang terbaru untuk menonjolkan peranan utama Ireland sebagai pintu masuk utama untuk pengedaran dadah ke Eropah.

September lalu, polis Ireland dan tentera laut merampas sebuah kapal kargo juga di luar pantai barat daya yang membawa lebih 2.2 tan kokain bernilai sekitar 157 juta euro (AS$165 juta).

Rampasan itu adalah yang terbesar di Ireland.

Polis menerusi satu kenyataan memaklumkan 10 lelaki berusia pertengahan 20-an hingga pertengahan 50-an ditahan dalam operasi terbaharu itu.

"Beberapa kenderaan turut disita dan tertakluk kepada pemeriksaan teknikal yang berterusan," katanya.

The Irish Times berkata, suspek-suspek berkenaan telah ditahan berhampiran Skibbereen, 340 kilometer (210 batu) barat daya Dublin, selepas membatalkan misi untuk mendaratkan sejumlah kokain dari kapal luar pesisir kerana cuaca buruk.

Akhbar itu berkata 10 suspek, enam daripadanya warga Sepanyol, dua Belanda, seorang Serbia dan seorang dari Ireland Utara adalah ahli kumpulan antarabangsa yang membekal dan mengedar dadah ke Eropah dari Amerika Selatan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE