fb fb fb fb fb

Polis beri amaran kepada penunjuk perasaan di Kanada


FOTO AFP

OTTAWA, 17 Februari- Polis Kanada memberi amaran kepada penunjuk perasaan Konvoi Kebebasan agar beredar atau berdepan denda, ditahan dan trak dirampas.

Dalam satu kenyataan pihak berkuasa Ottawa menegaskan, sesiapa yang menghalang jalan atau membantu orang lain berbuat demikian akan ditangkap dan menghadapi pertuduhan.

Walaubagaimanapun, ia nyata tidak menakutkan para penunjuk perasaan yang masih dilihat kekal berada di jalanan sekitar Parlimen dan membunyikan hon secara bertali arus.

Tunjuk perasaan bermula dengan pemandu lori memprotes vaksin mandatori COVID-19 sebagai syarat untuk menyeberangi sempadan ke Amerika Syarikat (AS).

Ia berlarutan sehingga protes merebak dengan tuntutan penamatan semua peraturan terutama sekatan berkait COVID-19.

Semalam, Sarjan Polis Diraja Kanada, Paul Manaigre, berkata kawasan sempadan terakhir yang disekat, antara Manitoba dan Dakota Utara, AS, akan dibuka tidak lama lagi, selepas penunjuk perasaan bersetuju untuk beredar,

"Tidak lama lagi, mereka akan berada meneruskan perjalanan, hasilnya adalah apa yang kami mahukan tanpa ada sesiapa yang cedera. Kami mahu lebuh raya dibuka, dan perdagangan boleh disambung semula," kata Manaigre kepada pemberita.

Selasa lalu, Perdana Menteri Justin Trudeau mengumumkan penggunaan ordinan darurat bagi mengatasi tunjuk perasaan yang telah berlarutan sejak tiga minggu lalu. -AFP

Media Baharu