fb fb fb fb fb

PM sementara Pakistan ke Beijing hadir Forum Belt and Road

BEIJING, 23 Oktober - Perdana Menteri sementara Pakistan Anwaar ul Haq Kakar tiba di China pada Isnin untuk menyertai Forum Belt and Road (BRF) ke-3 untuk Kerjasama Antarabangsa.

Beliau disambut Menteri Sains dan Teknologi China Wang Zhigang, Duta Besar China ke Pakistan Jiang Zaidong dan Duta Besar Pakistan ke China Moin-ul-Haq.

Menurut satu kenyataan, Anwaar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Qiang dan Li Xi, dan ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Politbiro Jawatankuasa Pusat CPC.

Forum di Beijing yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober lalu sebagai ulang tahun ke-10 inisiatif infrastruktur dan tenaga global Xi, yang disebut sebagai mencipta semula Laluan Sutera purba untuk meningkatkan perdagangan global. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu