MOSCOW, 21 Mac- Perdana Menteri India Narendra Modi menerima jemputan terbuka untuk melawat Rusia dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin. Namun butiran lanjut berkenaan pertemuaan itu masih belum diperincikan.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan jemputan Perdana Menteri India untuk melawat Rusia.
"Ini masih belum dipersetujui melalui saluran diplomatik," kata Peskov kepada pemberita.
"Bagaimanapun, mesyuarat akan diadakan separuh pertama tahun ini. Kami harap akan ada perbincangan dua hala kedua-dua negara.
"Sudah tentu, Perdana Menteri India mempunyai jemputan terbuka untuk melawat negara kita."
Moscow meningkatkan eksport minyaknya ke India selepas sekatan Barat ke atas Ukraine semakin meningkat.-REUTERS