fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan

FOTO REUTERS

DHAKA, 5 Ogos - Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Bangladesh pada Isnin.

Sebelum ini Hasina dilaporkan telah meninggalkan Bangladesh susulan desakan yang semakin meningkat agar beliau meletakkan jawatan.

Panglima tentera Jeneral Waker-Us-Zaman dalam ucapan di televisyen berkata, Hasina 76, telah meninggalkan negara itu dan kerajaan sementara akan dibentuk.

Laporan media mengatakan beliau telah menaiki helikopter tentera bersama-sama keluarganya dan menuju ke India.

Saluran televisyen CNN berkata dia telah tiba di Agartala, ibu negeri Tripura di timur laut India.

Visual televisyen menunjukkan beribu-ribu orang berpusu-pusu di sepanjang jalan ibu kota Dhaka dalam kegembiraan.

Beribu-ribu orang juga menyerbu kediaman rasmi Hasina 'Ganabhaban', melaungkan slogan dan menunjukkan tanda kemenangan.

Visual televisyen menunjukkan orang ramai di bilik lukisan kediaman itu dan beberapa individu dilihat membawa keluar televisyen, kerusi dan meja dari salah satu bangunan paling selamat di negara itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF