fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Gaza, kanak-kanak hidup dalam ketakutan

(Foto REUTERS)

GAZA, 17 Oktober- Kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun, Remas Abu Tabeekh berkata beliau menghabiskan seluruh hidupnya dalam ketakutan dan kebimbangan selepas menyaksikan banyak serangan di Gaza.

Remas dan keluarganya mencari perlindungan di luar Hospital Al-Shifa berikutan beberapa hari serangan udara Israel tanpa henti di kawasan itu.

"Kami meninggalkan rumah dan tinggal di jalanan. Terdapat pesawat, kesemuanya menakutkan. Orang Yahudi (Israel) mengebom kami, walaupun kami di sini, mereka mengebom dan kami takut," kata Remas kepada pemberita di Gaza.

Tambahnya, berpuluh-puluh orang dilihat berkumpul di halaman hospital, tempat perlindungan sementara, dengan harapan mengelak daripada menjadi sasaran serangan udara.

Israel terus melakukan keganasan dan jenayah dunia dengan melakukan pengeboman sehingga memusnahkan seluruh kawasan Gaza. - REUTERS

(Foto REUTERS)

Media Baharu