NEW YORK, 4 Disember - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menegaskan sebarang usaha menamatkan perang Rusia-Ukraine perlu mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Saya percaya kita masih jauh daripada satu penyelesaian,” katanya pada persidangan Reuters NEXT di New York, pada Rabu.
Rusia menceroboh Ukraine pada Februari 2022, sekali gus mencetuskan konfrontasi terbesar antara Moscow dan Barat sejak era Perang Dingin. Amerika Syarikat kini sedang berusaha menjadi perantara bagi menamatkan konflik tersebut.
Dalam pada itu, Guterres berkata Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menghapuskan halangan terhadap penyaluran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Beliau turut menyatakan terdapat alasan kukuh untuk mempercayai bahawa jenayah perang telah berlaku dalam konflik antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.
Mengulas mengenai serangan Amerika Syarikat terhadap beberapa kapal berhampiran Venezuela, Guterres berkata tindakan itu tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Sidang kemuncak Reuters NEXT berlangsung selama dua hari, Rabu dan Khamis di New York.-REUTERS