fb fb fb fb fb

Penaja Piala Dunia Qatar gesa pampasan penindasan pekerja

(Empat daripada 14 rakan korporat FIFA dan penaja Piala Dunia; AB InBev, Adidas, Coca-Cola
dan McDonald's telah menyatakan sokongan mereka untuk pampasan kewangan/AFP)


BEIRUT, 20 September- Kumpulan hak asasi manusia menggesa lebih banyak penaja Piala Dunia di Qatar menyatakan sokonganb pemberian pampasan bagi pekerja asing dan keluarga mereka atas dakwaan mengabaikan kebajikan buruh.

Empat daripada 14 rakan korporat FIFA dan penaja Piala Dunia; AB InBev, Adidas, Coca-Cola dan McDonald's telah menyatakan sokongan mereka untuk pampasan kewangan, kata Human Rights Watch, Amnesty International dan FairSquare dalam satu kenyataan bersama.

10 yang lain tidak menawarkan sokongan secara terbuka atau menjawab permintaan untuk membincangkan "penyalahgunaan berkaitan kejohanan", kata kumpulan hak asasi manusia.

"Jenama membeli hak untuk menaja Piala Dunia kerana mereka mahu dikaitkan dengan kegembiraan, persaingan yang adil dan pencapaian manusia yang menakjubkan di padang permainan, bukan penipuan pembayaran gaji yang berleluasa dan kematian pekerja berkait dengan penganjuran Piala Dunia," pengarah HRW. inisiatif global, Minky Worden, berkata dalam kenyataan itu.

"Dengan hanya dua bulan sebelum sepak mula kejohnan dunia itu, penaja harus menggunakan pengaruh besar mereka untuk menekan FIFA dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab hak asasi manusia kepada pekerja ini," katanya.

Visa, Hyundai-Kia, Qatar Energy, Qatar Airways, Vivo, Hisense, Mengniu, Crypto, Wanda dan Byju adalah rakan kongsi dan penaja yang belum mengulas mengenai kempen pampasan.

Qatar telah menghadapi tuduhan tidak melaporkan kematian dan kecederaan di kalangan pekerja asing dan tidak berusaha untuk mengurangkan layanan buruk termasuk tidak membayar gaji setimpal.

Kerajaan Qatar menekankan pembaharuan besar yang telah diperkenalkannya, termasuk gaji minimum, merungkai skim yang memberi majikan kawalan ketat ke atas buruh, dan mengenakan peraturan lebih ketat untuk bekerja pada musim panas.

Hassan al-Thawadi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia Qatar, berkata pada, negara itu komited untuk membayar AS$28 juta kepada pekerja asing yang telah membayar ejen haram di negara asal mereka untuk bekerja di Qatar.

Negara Teluk itu telah menangani reformasi buruh terhadap tindakan lain seperti memperkenalkan gaji minimum dan memperbaiki keadaan kerja, tambahnya.


(Antara pekerja asing yang terlibat dalam persiapan stadium sempena
Piala Dunia 2022 Qatar/AFP) 

Qatar mengiktiraf bahawa Piala Dunia mempunyai "kuasa transformasi" dalam mengubah keadaan buruh, Thawadi memberitahu persidangan hal ehwal global Concordia di New York.

"Kami sentiasa mempunyai undang-undang dan perundangan yang selaras dengan piawaian antarabangsa tetapi mekanisme penguatkuasaan, pengawasan, tidak mencapai standard yang kami banggakan," kata Thawadi pada persidangan itu.

"Tetapi kami sedar awal bahawa Piala Dunia akan mencipta momentum itu, akan menjadi platform yang akan mendorong pembaharuan ini," katanya, sambil menambah ia akan "bertahan melangkaui 2022".

Tinjauan YouGov yang ditauliahkan Amnesti yang dikeluarkan bulan ini mendapati 73 peratus daripada 17,000 responden sangat menyokong atau cenderung menyokong FIFA memberi pampasan kepada pekerja migran untuk penyalahgunaan hak.-

Majoriti peminat Piala Dunia menyokong FIFA memberi pampasan kepada pekerja migran bagi pelanggaran hak asasi manusia semasa persiapan kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar, hasil tinjauan Amnesty International yang dikeluarkan pada Khamis.

Qatar telah berulang kali menghadapi kritikan mengenai syarat pekerja asing, tetapi menegaskan ia telah membuat penambahbaikan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.-AFP

Berita berkaitan
Peminat Piala Dunia sokong FIFA beri pampasan kepada pekerja migran

Media Baharu