fb fb fb fb fb

Remaja Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat

Foto AFP

NABLUS, 14 Ogos- Seorang remaja Palestin terbunuh dalam serbuan Israel di utara Tebing Barat, hari ini, lapor agensi berita rasmi Palestin (WAFA).

"Tentera memasuki Tubas pada waktu subuh dan menembak serta membunuh seorang remaja yang bersembunyi di rumahnya," menurut WAFA.

Difahamkan, remaja berusia 16 tahun itu dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Serangan Israel di Tebing Barat semakin meningkat sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 621 rakyat Palestin telah dibunuh tentera atau peneroka Israel di Tebing Barat, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Palestin. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM