fb fb fb fb fb

Pemimpin Med9 gesa sempadan Rafah dibuka, gencatan senjata dihormati

Foto AFP

PORTOROZ, 21 Oktober - Pemimpin dari sembilan negara Kesatuan Eropah di Mediterranean (Med9) pada Isnin menggesa supaya akses bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak disekat.

Desakan itu dibuat pada Isnin selepas pertemuan pemimpin sembilan negara kumpulan Med9 yang sepenuhnya berharap Israel membuka lintasan sempadan ke Gaza.

"Kami menyeru agar semua bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat 'dilepaskan' segera dan disalur ke wilayah itu.

"Tiada alasan sama sekali bagi sesiapa untuk menyekat bantuan kemanusiaan sedemikian," kata Perdana Menteri Slovenia, Robert Golob pada sidang media bersama selepas mesyuarat yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang mempengaruhi rantau mereka.

Pembukaan semula pintu lintasan sempadan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir masih ditangguhkan meskipun terdapat gesaan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan-kumpulan bantuan.

Golob juga menegaskan yang kumpulan Med9 mahu memastikan perjanjian gencatan senjata yang bermula 10 Oktober lepas dihormati sepenuhnya.

Terdahulu rejim Zionis melancarkan serangan maut ke atas wilayah itu atas alasan kononnya Hamas melanggar perjanjian damai yang bermula 10 Oktober lepas.

Sementara itu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad berkata gencatan senjata di Gaza masih berlangsung. - AFP

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN