fb fb fb fb fb

Pemimpin Libya bersetuju bentuk kerajaan baharu

Foto Reuters

BENGHAZI, 12 Mac - Tiga pemimpin utama Libya berkata mereka berpendapat wujud keperluan bagi membentuk kerajaan baharu yang lebih kukuh yang akan menyelia pilihan raya negara berkenaan yang telah lama tertangguh.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga pemimpin berkenaan, iaitu Mohamed Menfi, Presiden kepada Majlis Presiden, Mohamed Takala, ketua Majlis Negara Tinggi (HSC) dan Speaker Dewan Perwakilan Libya, Aguila Saleh turut bersetuju bagi menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji perkara-perkara kontroversi tentang pilihan raya yang tertangguh pada Disember 2021 lalu.

"Langkah-langkah yang dipersetujui hari ini, kami, adalah permulaan yang sangat penting.

"Ia adalah keputusan yang memenuhi cita-cita rakyat Libya untuk mengadakan pilihan raya," kata Menfi kepada media selepas mesyuarat di Kaherah.

Ketiga-tiga pemimpin berkenaan telah dijemput bagi menghadiri Mesyuarat Liga Arab yang dipengerusikan oleh Setiausahanya, Ahmed Aboul Gheit.

Minggu lalu, gabenor Bank Pusat Libya, Sadiq Kabir menulis kepada parlimen memintanya untuk meluluskan kerajaan bersatu baharu dan belanjawan negara.

Diplomasi antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Libya telah memberi tumpuan kepada mendesak pilihan raya parlimen dan presiden menggantikan institusi politik sementara.

Libya mencapai keamanan sejak pemberontakan yang disokong NATO pada 2011, dan ia berpecah pada 2014 antara puak timur dan barat, dengan pentadbiran saingan yang memerintah di setiap kawasan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD