fb fb fb fb fb

Pasukan penyelamat bergegas lakukan operasi mencari dan menyelamat

Rumah, kereta dan jalan runtuh akibat gempa bumi di Kanazawa, wilayah Ishikawa/Kyodo REUTERS

NANAO, 2 Januari- Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda Jepun pada semalam. Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk tujuan proses mencari dan menyelamat.

Kebanyakan bangunan di kawasan terpencil roboh akibat gegaran kuat itu selain menyebabkan jalan raya rosak dan bekalan elektrik terputus.

Gempa bumi dengan 7.6 skala richter menyebabkan penduduk di beberapa kawasan pantai melarikan diri ke kawasan lebih tinggi apabila ombak tsunami melanda pantai barat Jepun.

Kejaidan itu juga menghanyutkan beberapa buah kereta dan rumah ke dalam laut.

Beribu-ribu anggota tentera, bomba dan pegawai polis dari seluruh negara telah dihantar ke semenanjung Noto di wilayah Ishikawa. Kawasan itu merupakan yang paling teruk terjejas disebabkan kejadian gempa tersebut.

"Tugas mencari dan menyelamat mereka yang terjejas akibat gempa bumi merupakan satu cabaran," kata Perdana Menteri Fumio Kishida semasa mesyuarat bencana tergempar pada Selasa.

Kishida berkata penyelamat sukar untuk sampai ke hujung utara semenanjung Noto disebabkan jalan raya yang rosak. Tinjauan helikopter mendapati banyak kebakaran dan kerosakan bangunan berikutan gempa tersebut.

Perkhidmatan kereta api dan penerbangan ke kawasan itu turut digantung. Lapangan terbang Noto ditutup kerana kerosakan pada landasan, terminal dan jalan masuk. Kira-kira 500 individu terkandas di dalam kenderaan di tempat letak kenderaan, lapor penyiar awam NHK.

Menurut Datuk Bandar Suzu Masuhiro Izumiya, kira-kira 5,000 isi rumah berhampiran dengan pusat gempa.

"Mungkin terdapat 1,00 rumah musnah. Keadaan ini amat buruk," katanya.

Di seluruh wilayah Ishikawa, Pihak berkuasa mengesahkan 30 kematian di seluruh Ishikawa. Daripada jumlah itu separuh daripadanya di Wajima.

Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun berkata, anggota bomba turut memadamkan kebakaran di beberapa bandar dan cuba menyelamatkan lebih ramai individu yang terperangkap dalam bangunan runtuh.

Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran berikutan lebih 140 gegaran dikesan sejak gempa pertama melanda pada Isnin selain bersedia dengan gegaran yang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI