fb fb fb fb fb

Orang awam diberi latihan ketenteraan di Ukraine

FOTO AFP

MARIPOL, 15 Februari - Anggota Unit Pasukan Khas Ukraine mengadakan latihan ketenteraan untuk penduduk awam sebagai persediaan mempertahankan diri sekiranya berlaku serangan Rusia.

Batalion itu yang merupakan sebahagian pengawal Ukraine, melatih penduduk untuk memasang dan menggunakan senapang, memasukkan peluru dan menembak sasaran.

Langkah itu diambil ketika suhu konflik semakin meningkat selepas Rusia meningkatkan gerakan lebih 100,000 tentera ke sempadan Ukraine.

Rusia menafikan hasratnya untuk menyerang Ukraine, namun pada masa yang sama menempatkan sejumlah tentera yang besar di sempadan dan menghantar tentera untuk latihan di negara jiran Belarus, sekali gus mengepung Ukraine di tiga penjuru.

Pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata peningkatan kuasa tentera Rusia telah mencapai tahap di mana ia boleh menyerang dalam masa yang singkat. -AFP

Media Baharu