(Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya
membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal dilapor terhempas pada 12 Mac 2019/FOTO REUTERS)
TEXAS, 5 Mei - Waris penumpang pesawat Boeing 737 MAX yang terlibat nahas pada 2018 dan 2019 memohon semakan kehakiman berhubung penyelesaian 2.5 bilion dolar Amerika antara syarikat dan Washingotn.
Menurut mereka, penyelesaian terbabit seolah-olah tidak menghormati nyawa mangsa yang terkorban.
Menurut waris, Chris Moore, penyelesaian dimuktamad tanpa merujuk kepada mereka.
"Kami mengesyaki Jabatan Keadilan tidak melakukan siasatan yang menyeluruh dan tidak lengkap terutama hal mengenai aspek penipuan oleh Boeing," kata waris mangsa.
Menurut salah seorang pewaris mangsa, Paul Njoroge berkata penyelesaian tersebut perlu diteliti dengan penuh tanggungjawab.
"Amat menyedihkan apabila pengurusan syarikat boleh menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan hanya mengeluarkan wang. Saya mahu kecuaian ini dihentikan," kata Njoroge.
(Pewaris mangsa hadir untuk perbicaraan mengenai nahas Boeing 37 MAX di Mahkamah Persekutuan di Forth Worth, Texas/FOTO AFP)
Beberapa prosiding berkaitan nahas pesawat membabitkan Lion Air di Indonesia dan Ethiopian Airlines digugurkan Jabatan Keadilan selepas Boeing mengaku terlibat kes penipuan.
Kedua-dua nahas telah mengakibatkan 346 nyawa terkorban dan operasi pesawat Boeing MAX digantung perkhidmatan seluruh dunia selama 20 bulan sejak kemalangan maut kedua yang berlaku pada Mac 2019. - AFP