TEHRAN, 7 Disember- Objek bercahaya yang kelihatan di langit Tehran dan kawasan sekitarnya pada awal pagi Sabtu disahkan sebagai sebahagian daripada ujian yang dijalankan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Penduduk di sini dan Karaj di wilayah Alborz berkongsi rakaman objek itu yang dilihat meninggalkan jejak di langit.
Agensi berita tempatan, Tasnim melaporkan objek tersebut berkaitan dengan ujian lapangan oleh IRGC tanpa memberikan butiran lanjut tentang sifat ujian itu.
IRGC terutamanya unit aeroangkasa, memainkan peranan penting dalam program peluru berpandu Iran yang sering menjadi kritikan negara-negara barat. -AFP