fb fb fb fb fb

Masyarakat dunia bantu Haiti bangkit semula selepas gempa bumi

FOTO AFP

HAITI, 17 Februari- Komuniti antarabangsa berikrar membantu Haiti sebanyak AS$600 juta bagi membina semula negara itu selepas dilanda gempa bumi pada Ogos tahun lepas.

Gempa berkenaan menyebabkan lebih 2,200 orang maut.

Menurut Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry sumbangan berkenaan adalah sesuatu di luar jangkaan mereka.

Walaupun kos sebenar membangun semula Haiti dalam tempoh empat tahun sebanyak AS$2 bilion, namun sumbangan AS$600 juta itu adalah 25 peratus masih tinggi daripada jangkaan.

Dianggarkan AS$1 bilion diperlukan untuk membina semula 130 ribu rumah.

Tiga daripada empat buah sekolah musnah sama sekali atau rosak dengan anggaran AS$400 juta di perlukan.

Pada 2010, selepas gempa bumi meragut 200,000 nyawa dan memusnahkan rumah, bantuan antarabangsa sangat lemah dan tidak efisyen.

12 tahun kemudian, pusat bandar Port-au-Prince termasuk bangunan ibu pejabat agensi kerajaan dan istana presiden sehingga kini masih lagi belum di bina semula.

Sumbangan dana berkenaan akan diuruskan sebaik mungkin bagi menghindarkan rasuah atau salah laku oleh pihak tidak bertanggungjawab. -AFP

Media Baharu