fb fb fb fb fb

Li Qiang umum beri sepasang panda baharu kepada Australia

FOTO REUTERS

AUSTRALIA, 16 Jun - Perdana Menteri China Li Qiang memulakan lawatannya ke Australia pada Ahad dengan melawat sepasang panda, Fu Ni dan Wang Wang yang dipinjamkan dari China di Zoo Adelaide.

Li turut mengumumkan Beijing akan menyediakan sepasang panda baharu ke Zoo Adelaide selepas Fu Ni dan Wang Wang akan kembali ke Chiha hujung tahun ini sejak berada di Australia pada tahun 2009.

"Anda juga tahu mereka (panda Wang Wang dan Fu Ni) sudah lama tiada di 'rumah', mereka juga sangat merindui rumah mereka. Jadi mereka akan pulang ke tanah airnya akhir tahun. Tetapi apa yang saya ingin beritahu semua orang di sini ialah China akan menyediakan, secepat mungkin, sepasang panda baharu yang serupa cantik, lincah, comel dan lebih muda kepada Zoo Adelaide. Kami akan terus membangunkan kerjasama mengenai panda gergasi antara China dan Australia." kata Li Qiang.

"Boleh saya katakan betapa kami berterima kasih atas tawaran istimewa ini. Ia adalah satu yang akan diterima oleh rakyat Australia Selatan." kata Perdana Menteri Australia Peter Malinaukas.

"Apabila Wang Wang dan Fu Ni mula-mula tiba di Australia Selatan. Ia merupakan gambaran dramatik hubungan kukuh antara Australia Selatan, Australia dan Republik Rakyat China." kata Peter.

Dalam sesi lawatannya itu Li kemudian bertemu dengan Menteri Luar Australia Penny Wong dan pengeksport wain Australia Selatan.

Li, pegawai peringkat kedua tertinggi China tiba di Australia Selatan pada hari Sabtu, berkata hubungan dua hala China-Australia 'kembali ke landasan' setelah lawatannya sebagai perdana menteri dalam tempoh tujuh tahun. - REUTERS

TETITIA YUSOFF