fb fb fb fb fb

Lebih 600 rumah warga Palestin di Tebing Barat diroboh rejim Israel

Foto REUTERS

RAMALLAH, 12 November - Lebih 623 rumah dan struktur milik penduduk Palestin dirobohkan oleh rejim Israel di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis sejak awal tahun ini.

Tindakan perobohan menjadi sebahagian kempen rejim Israel untuk mengusir penduduk Palestin dan mengukuhkan kawalan mereka di kawasan itu, menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Langkah itu juga merupakan kesinambungan dasar pembersihan etnik rejim selain memberi tekanan berterusan terhadap penduduk Palestin, yang semakin memburukkan penderitaan harian dan krisis perumahan di kota suci itu.

Penduduk Palestin di Baitulmuqaddis berdepan terlalu banyak kesukaran untuk mendapatkan permit pembinaan di kawasan yang diduduki dan mereka sering dikenakan denda besar atau berisiko rumah mereka dirobohkan jika membina tanpa permit. -BERNAMA

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN