fb fb fb fb fb

Lebih 35 terbunuh, berpuluh yang lain cedera dalam kebakaran bangunan di Kuwait

Lebih 35 orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam kebakaran bangunan di kawasan yang padat dengan pekerja asing di Kuwait / Foto AFP

BANDARAYA KUWAIT, 12 Jun - Lebih 35 orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam kebakaran bangunan di kawasan yang padat dengan pekerja asing di Kuwait, kata Kementerian Dalam Negeri.

43 orang cedera, kata Kementerian Kesihatan, selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan kediaman di selatan Bandaraya Kuwait pada waktu subuh.

"Malangnya, kami menerima laporan kebakaran pada 6.00 pagi (11.00 pagi waktu Malaysia) di kawasan Mangaf," kata Mejar Jeneral Eid Al-Owaihan, pengarah Jabatan Keterangan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, semasa melawat tapak kebakaran.

“Mengenai kematian, jumlahnya telah melebihi 35 setakat ini.”

Pemilik bangunan itu telah ditahan dan siasatan sedang dilakukan, kata Menteri Dalam Negeri, Sheikh Fahd Al-Yousef ketika beliau turut melawat tempat kejadian.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN