fb fb fb fb fb

Lagi kapal sekutu Israel diserang Houthi

Yahya Saree/Reuters

SANA'A, 17 Januari- Sebuah lagi kapal yang dalam perjalanan ke Israel di Laut Merah telah diserang kumpulan Houthi semalam.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata, serangan itu "mengakibatkan serangan langsung."

Ketegangan semakin memuncak di Laut Merah di tengah-tengah serangan Houthi ke atas kapal komersial yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Tegas Houthi, serangan mereka bertujuan untuk menekan Israel supaya menghentikan pencerobohan dan pembunuhan di Gaza, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 24,285 orang sejak perang tercetus pada 7 Oktober.

Amerika Syarikat dan United Kingdom turut melancarkan serangan udara terhadap Houthi di Yaman dalam beberapa hari kebelakangan ini sebagai tindakan balas, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai inflasi baru serta gangguan rantaian bekalan.

Laut Merah adalah antara laluan laut paling kerap digunakan di dunia untuk penghantaran minyak dan bahan api. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA