fb fb fb fb fb

Krisis Ukraine: 100 orang awam dipindahkan dari kilang keluli Azovstal di Mariupol

(Volodymyr Zelensky/AFP)

KIEV, 2 Mei - Kira-kira 100 orang awam telah dipindahkan dari loji keluli yang dikepung tentera Rusia di bandar Mariupol, timur Ukraine.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi catatan di Twitter pada Ahad mengesahkan, pemindahan orang awam dari Azovstal telah bermula.

Mereka dijangka tiba di Zaporizhzhia yang dikawal Ukraine, hari ini.

"Pemindahan orang awam dari dari Azovstal telah bermula. Kumpulan pertama kira-kira 100 orang sudah menuju ke kawasan terkawal. Hari ini kita akan bertemu mereka di Zaporizhzhia.

"Kini mereka bersama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengusahakan pemindahan orang awam lain dari loji itu," kata beliau dalam Twitternya.

(Imej satelit yang dikeluarkan Maxar Technologies pada 30 April menunjukkan
kemusnahan sekitar pusat bandar Mariupol/AFP)

Terdahulu pada Ahad, PBB mengesahkan bahawa operasi laluan selamat sedang berjalan di Azovstal yang sedang diselaraskan Jawatankusa Antarabangsa Palang Merah, ICRC dan tentera Rusia serta Ukraine.-AFP

Media Baharu