fb fb fb fb fb

Korea utara tembak peluru berpandu ke laut timur

Foto REUTERS

SEOUL, 7 November – Tentera Korea Selatan mengesahkan Korea Utara menembak sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah laut di pantai timurnya pada Jumaat.

Pengawal Pantai Jepun turut mengeluarkan amaran bahawa Korea Utara telah menembak apa yang mungkin merupakan peluru berpandu balistik.

Korea Utara sebelum ini telah menguji peluru berpandu jelajah laut ke permukaan di bahagian barat Semenanjung Korea pada akhir Oktober, ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin lain berkumpul di Korea Selatan untuk Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan beberapa mesyuarat lain.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN