fb fb fb fb fb

Korea Selatan tarik arahan pemaikan pelitup muka Isnin depan

SEOUL, 29 April- Korea Selatan akan menarik balik arahan mandatori pemakaian pelitup separuh muka bermula Isnin depan.

Ia susulan kes COVID-19 di negara itu telah menujukkan trend penurunan yang ketara.

Pengumuman dibuat selepas Seoul menarik balik hampir semua arahan berkaitan penjarakan fizikal pada awal bulan ini seklaigus menamatkan tempoh dua tahun SOP ketat.

Pengarah Agensi Perlindungan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, Jeong Eun-kyeong berkata, bermula Isnin penduduk tidak lagi perlu memakai pelitup separuh muka di kawasan luar kecuali ketika menghadiri majlis yang melibatkan 50 orang.

Korea Selatan merekodkan 50 ribu 568 kes COVID-19 pada Jumaat yang menunjukkan trend penurunan berbanding lebih 620 ribu sehari pada pertengahan Mac.

(FOTO AFP)

Lebih 86 peratus daripada 51 juta rakyatnya pula sudah berstatus vaksinasi lengkap dan majoriti daripadanya menerima dos penggalak.

Negara itu juga menyaksikan 0.13 peratus kadar kematian iaitu antara negara terendah di dunia.

Perdana Menteri, Kim Boo-kyum berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan mendalam dan berhati-hati sebelum memutuskan langkah menarik balik pemakaian pelitup separuh muka.

Beliau turut percaya rakyat sudah matang untuk bekerjasama dalam usaha negara melawan virus COVID-19 dalam tempoh 2 tahun ini. -AFP

Media Baharu