fb fb fb fb fb

Korea Selatan berjaya peroleh kotak hitam Jeju Air

Sebuah jengkaut digunakan untuk mengangkat kerusi-kerusi yang hangus dari pesawat yang tergelincir dari landasan sehingga mengorbankan 167 nyawa di Muan, Korea Selatan/Foto REUTERS

SEOUL, 29 Disember - Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Ahad memaklumkan bahawa unit penyiasatnya berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam dari pesawat yang terhempas, menyebabkan sekurang-kurangnya 167 maut, lapor Xinhua.  

Seorang pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung memaklumkan bahawa perakam data penerbangan dan perakam suara telah diperoleh untuk menyiasat punca sebenar kemalangan.  

Pesawat yang membawa 175 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer barat daya ibu negara Seoul, sekitar 9.07 pagi waktu tempatan (0007 GMT) pada Ahad.  - BERNAMA-XINHUA  

BERITA BERKAITAN:

 

 

GRACE AISYAH KEDAYAN