fb fb fb fb fb

Korban sempadan Kemboja–Thailand meningkat, enam orang awam terbunuh

Foto AFP

PHNOM PENH, 9 Disember - Dua lagi orang awam terbunuh selepas tentera Thailand mengebom kedudukan Kemboja sepanjang malam hingga awal Selasa, sekali gus meningkatkan angka korban orang awam kepada enam dalam konflik sempadan yang kembali tercetus.

Kementerian Pertahanan Kemboja dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, serangan artileri Thailand ke arah wilayah sempadan Banteay Meanchey selepas tengah malam mengakibatkan kematian dua orang awam yang sedang melalui Jalan Nasional 56.

Menteri Penerangan, Neth Pheaktra, sebelum ini memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh pada Isnin akibat bedilan Thailand di Preah Vihear dan Oddar Meanchey, kedua-duanya wilayah bersempadan dengan Thailand.

"Sekurang-kurangnya 10 orang awam cedera," katanya.

Tentera Thailand pula memaklumkan seorang anggotanya terkorban dan 18 lagi cedera sejak pertempuran baharu itu yang tercetus pada Ahad.

Kedua-dua negara saling menuduh pihak lawan mencetuskan pertempuran, yang menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan menggerakkan kereta kebal terhadap jirannya pada Isnin.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH