fb fb fb fb fb

Kapal GSF ke Gaza diserang dron

GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 kapal dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

SIDI BOU SAID, 9 September - Sebuah kapal kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza disyaki diserang dron semasa belayar.

GSF dalam kenyataan memaklumkan, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam insiden itu.

"GSF mengesahkan bahawa salah satu bot utama yang membawa ahli Jawatankuasa Pemandu GSF, telah diserang disyaki dron. Semua penumpang dan anak kapal selamat," katanya.

Terdahulu GSF yang memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol selamat tiba di Tunisia semalam, selepas belayar selama lapan hari.

Secara keseluruhan, GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 kapal dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.

JALALUDDIN BIN BAHARIN