fb fb fb fb fb

Taufan Shanshan terus bawa hujan lebat, enam maut

Sebuah kereta terbalik akibat angin kuat Taufan Shanshan di Miyazaki pada 29 Ogos lepas/AFP

TOKYO, 1 September- Taufan Shanshan kekal hampir tidak bergerak di luar pantai Pasifik Jepun hari ini dan terus membawa hujan lebat meluas ke kawasan terjejas.

Taufan Shanshan telah menyebabkan banjir, pokok tumbang, gangguan bekalan elektrik dan tanah runtuh di seluruh negara serta mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan lebih 120 cedera.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa dengan amaran tambahan dikeluarkan bagi kemungkinan tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, kawasan pesisir pantai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan pergerakan taufan sukar diramal.

Perkhidmatan kereta api dan penerbangan turut terganggu, dengan beberapa laluan utama ditutup sementara bagi memastikan keselamatan orang ramai. -Reuters

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA