fb fb fb fb fb

Jepun dilanda gempa bumi kuat, lapan cedera

Kerosakan jalan raya akibat gegaran gempa bumi di Jepun malam tadi/AFP

TOKYO, 18 April- Sekurang-kurangnya lapan orang mengalami kecederaan dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.3 magnitud yang melanda barat daya Jepun, malam tadi.

Data tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa hari ini sambil memaklumkan tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami disebabkan gegaran kuat berkenaan.

Mangsa adalah dua warga emas yang tinggal di wilayah Oita, manakala enam lagi di wilayah Ehime.

Kesemua mangsa dilapor mengalami kecederan ringan.

Gegaran itu berlaku pada pukul 11.14 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak antara antara pulau Kyushu dan Shikoku.

Jepun merekodkan gempa terbesar berukuran 9.0 magnitud di luar pantai timur lautnya pada Mac 2011 yang mencetuskan tsunami dan kira-kira 18,500 orang terkorban atau hilang. -AFP

SITI AISHAH MD ISA