MARYLAND, 31 Mac- Pasukan penyelamat bersedia untuk mengangkat serpihan pertama Jambatan Francis Scott Key Baltimore yang runtuh dari air bagi membolehkan tongkang dan bot tunda memasuki lokasi bencana.
Menurut pegawai Maryland dan AS, langkah pertama tersebut dalam usaha untuk membuka semula laluan pelabuhan itu.
Gabenor Maryland, Wes Moore berkata bahawa satu bahagian struktur besar keluli jambatan di utara lokasi nahas akan dipotong menjadi kepingan yang boleh diangkat dengan kren ke atas tongkang dan dibawa ke tapak Tradepoint Atlantic yang berdekatan di Sparrows Point.
"Ini akhirnya akan membolehkan kami membuka laluan yang terhad sementara, yang akan membantu kami mendapatkan lebih banyak komponen kapal di dalam air di sekitar lokasi bencana", kata Moore dalam sidang akhbar.
Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan jangkaan tempoh masa kerja-kerja tersebut dijalankan.
"Ia tidak akan mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari, namun sebaik sahaja kami menyelesaikan kerja ini, kami boleh memindahkan lebih banyak serpihan, lebih banyak bot masuk ke kawasan itu untuk mempercepatkan kerja-kerja tersebut.
Beliau juga tidak pasti bila kapal itu boleh dialihkan dan memaklumkan bahawa badan kapal masih utuh, walaupun rosak.
"Ini adalah operasi yang sangat kompleks," katanya mengenai usaha untuk membersihkan serpihan jambatan dan membuka Pelabuhan Baltimore.
Operasi hari Sabtu melibatkan pemotongan serpihan serta memindahkannya ke atas tongkang menggunakan kren.
Pengawal Pantai Laksamana Muda Shannon Gilreath memberitahu pemberita bahawa pasukan penyelamat Tentera Laut A.S. dan Kor Jurutera Tentera A.S. serpihan dalam Sungai Patapsco perlu dialihkan sebelum Dali boleh dipindahkan.
Sementara itu, mayat dua pekerja penyelenggaraan yang sedang bekerja semasa insiden ditemukan, manakala usaha mencari empat lagi pekerja ditangguhkan susulan keadaan terlalu berbahaya untuk penyelam untuk bekerja di tengah-tengah terlalu banyak serpihan.
Dalam pada itu, tugasan kira-kira 15,000 orang pekerja yang berkaitan dengan operasi pelabuhan ditangguhkan.
Khamis lalu, Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat menyediakan dana kecemasan segera untuk Maryland berjumlah $60 juta (RM283.89 juta) bagi membersihkan serpihan dan membina semula jambatan utama.
Presiden Joe Biden berjanji bahawa Kerajaan Persekutuan akan menanggung semua kos untuk mengalihkan serpihan dan membina semula jambatan itu.-REUTERS