RAMALLAH, 23 Januari- Pasukan tentera Israel telah melakukan beberapa serbuan di seluruh Tebing Barat pada Rabu.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel telah memasuki bandar Turmusayya di timur laut Ramallah, dan berkumpul di sekitar bangunan majlis perbandaran sebelum melakukan serbuan tersebut.
"Di wilayah Jenin, pasukan Israel menyerbu kampung Fahma dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk kampung; menyebabkan pertempuran tercetus.
"Di wilayah Bethlehem, tentera Israel turut melakukan serbuan di bandar al-Khader, berkumpul di Jalan Utama Baitulmaqdis-Hebron, dan menyerang kedai-kedai dengan tembakan gas pemedih mata," lapor WAFA.
Tentera Israel sering kali melakukan serbuan ke atas rumah-rumah rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat.
Serbuan tersebut dijalankan tanpa waran geledah, mengikut kehendak tentera Israel yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya.
Di bawah undang-undang tentera Israel, komander tentera mempunyai kuasa penuh eksekutif, legislatif, dan kehakiman terhadap tiga juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat.
Rakyat Palestin tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam pelaksanaan kuasa itu.