GAZA, 19 Februari- Serangan berterusan Israel menyebabkan seorang kanak-kanak Palestin terbunuh di kawasan al-Matar, selatan Gaza pada Rabu.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber perubatan mengumumkan hari ini bahawa angka kematian di Gaza meningkat kepada 48,291 orang, sejak serangan Israel pada 7 Oktober 2023.
"Kebanyakan mangsa terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
"Jumlah kecederaan meningkat kepada 111,722, manakala ribuan lagi masih hilang," lapor WAFA.
Sejak gencatan senjata Israel-Hamas bermula pada 19 Januari lalu, beberapa penduduk Gaza terbunuh dan puluhan lagi cedera akibat serangan Israel itu.