fb fb fb fb fb

Israel seksa, pukul tahanan Palestin dengan teruk

Foto REUTERS

RAFAH, 3 Mei- Sekumpulan rakyat Palestin yang ditahan tentera Israel semasa operasi darat, dibebaskan semalam.

Menurut tahanan yang juga mangsa berkenaan, Jamal al-Isawi, beliau telah dimasukkan ke Hospital Mohammed Yousef El-Najar selepas dibebas bagi mendapatkan rawatan.

"Selepas tentera Israel memusnahkan sepenuhnya kota Hamad di Gaza, tentera Israel menahan saya.

"Tentera Israel telah memukul dan menyeksa kami (tahanan) dengan teruk, hampir setiap hari.

"Mereka menyeksa kami dengan pelbagai cara seperti tangan dan kaki diikat," katanya kepada pemberita di sini.

Seorang lagi tahanan Palestin yang dibebaskan, Mohammed al-Turk berkata beliau ditahan Israel ketika berada di Hospital Al-Shifa.

"Askar Israel menahan dan membawa kami ke tempat yang jauh.

"Ada ramai rakyat Palestin yang ditahan, tolong doakan mereka semua akan dibebaskan," katanya.

Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu terhadap Gaza telah menyebabkan lebih 34,600 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan berkenaan turut menyebabkan 77,800 rakyat Palestin mengalami kecederaan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM