fb fb fb fb fb

Israel lakukan satu lagi 'jenayah terhadap kemanusiaan'- Turkiye

FOTO AFP

ISTANBUL, 1 Mac- Israel telah melakukan “satu lagi jenayah terhadap kemanusiaan” selepas kematian puluhan orang ketika mendapatkan bantuan makanan di Gaza, kata kementerian luar Turkiye.

“Hakikat bahawa Israel, yang telah mengakibatkan penduduk Gaza mengalami kelaparan, kali ini menyasarkan orang awam yang tidak bersalah untuk mendapatkan bantuan dan ini adalah bukti bahawa Israel secara sedar dan kolektif untuk memusnahkan rakyat Palestin”, katanya.

Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata insiden itu membunuh 104 orang dan mencederakan lebih 750 yang lain dalam "pembunuhan beramai-ramai" sebelum subuh di bandar Gaza

Tentera Israel berkata "rempuhan" berlaku apabila beribu-ribu penduduk Gaza mengepung konvoi 30 trak bantuan, menyebabkan kematian dan kecederaan, termasuk beberapa yang digilis lori.

Sumber Israel mengakui tentera telah melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menimbulkan ancaman kepada mereka.

Trak bantuan di utara Gaza sebelum ini diserbu , di mana penduduk telah mengambil makanan haiwan dan juga daun untuk dimakan bagi menahan kelaparan.

Kumpulan bantuan memberi amaran tentang risiko kebuluran yang berlaku selepas hampir lima bulan perang Israel- Hamas berlarutan.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza susulan serangan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,200 orang, serta 253 lain dijadikan tebusan, menurut pengiraan Israel.

Manakala dalam serangan balas Israel pula, sekurang-kurangnya 30,035 orang disahkan terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas. — AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI