fb fb fb fb fb

Indonesia gesa Rusia tamatkan operasi ketenteraan di Ukraine

JAKARTA, 30 April - Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa Rusia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.

Joko Widodo menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin menyatakan pandangan bahawa konflik mesti dihentikan serta-merta dan ruang untuk rundingan damai diberi keutamaan.

Malahan, Indonesia bersedia menyumbang ke arah matlamat tersebut.


(Foto fail)

Joko Widodo menerusi twit terbaharunya memaklumkan, beliau dan Putin turut membincangkan situasi di Ukraine dan kerjasama G-20.

Mengenai permintaan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy untuk bekalan senjata, beliau berkata, permintaan itu bertentangan dengan dasar luar Indonesia.

Media Baharu