fb fb fb fb fb

Ibu kota Ukraine antara yang menjadi sasaran serangan Rusia


FOTO AFP

WASHINGTON, 23 Februari- Amerika Syarikat (AS) beranggapan sebarang serang Russia ke atas Ukraine dikatakan bakal menjadikan beberapa kota menjadi sasaran.

Antara yang menjadi sasaran ibu kota, Kyiv, Kharkiv di timur laut dan Odessa dan Kherson, di selatan Ukraine.

Demikian pegawai-pegawai yang mengikut rapat perkembangan isu berkenaan berdasarkan maklumat risikan.

Maklumat itu juga tidak memperincikan mengenai risikan itu, namun menegaskan percaturan sudah dibuat.

Pandangan AS sebahagian besarnya dirumus berdasarkan keupayaan pasukan Russia yang dihantar yang ketika ini berada berdekatan Ukraine.

Dalam masa sama, persiapan sedang dibuat untuk melakukan serangan ke atas beberapa kota mengikut waktu yang ditetapkan.

Namun, pemberi maklumat itu juga tidak menyatakan secara jelas mengenai bentuk serangan yang dimaksudkan, serta matlamat utama Presiden Russia, Vladimir Putin.

Risikan lain juga menyebut penilaian AS mendapati sebarang serangan besar-besaran akan disokong oleh pasukan udara dan gangguan siber. -AFP

Media Baharu