fb fb fb fb fb

IATA ramal hampir lima billion penumpang udara tahun ini

FOTO HIASAN

DUBAI, 3 Jun- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan hampir lima bilion penumpang udara tahun ini satu rekod baharu mengatasi paras tertinggi sebelum wabak Covid-19.

IATA juga berkata ia menjangkakan syarikat penerbangan dunia mencatatkan pendapatan bersih AS$30 bilion tahun ini, meningkat daripada anggaran sebelumnya sebanyak AS$25.7 bilion.

Keuntungan yang dijangkakan "adalah satu pencapaian yang hebat memandangkan kerugian akibat pandemik Covid-19", kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh ketika mesyuarat agung tahunan badan perdagangan itu di Dubai.

"Tidak dinafikan, penerbangan adalah penting untuk cita-cita dan kemakmuran individu dan ekonomi. Memperkukuh keuntungan syarikat penerbangan dan meningkatkan daya tahan kewangan adalah penting," tambahnya.

Jumlah pendapatan industri penerbangan dijangka meningkat hampir 10 peratus kepada AS$996 bilion tahun ini, satu lagi rekod tertinggi, kata IATA.

Badan industri itu, yang merangkumi lebih daripada 300 syarikat penerbangan yang menyumbang 83 peratus daripada trafik global, mengadakan AGM ke-80 di hab kewangan Emiriah Arab Bersatu.

Walaupun angka yang kukuh, syarikat penerbangan juga menghadapi kenaikan kos yang mendadak disebabkan oleh kekurangan alat ganti dan buruh serta cabaran yang berkaitan dengan perubahan iklim.

Jumlah perbelanjaan mereka juga dijangka mencapai rekod tertinggi tahun ini, meningkat 9.4 peratus kepada AS$936 bilion, kata IATA.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE