fb fb fb fb fb

Huthi lancar peluru berpandu, dron ke Israel

Yahya Saree/AFP

SANAA, 26 Disember- Kumpulan Huthi dari Yaman melancarkan peluru berpandu balistik dan dua dron ke kawasan pendudukan haram Israel pada Rabu, beberapa hari selepas serangan ke atas Tel Aviv mencederakan 16 orang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Huthi menyatakan serangan itu menyasarkan hab komersial Tel Aviv serta bandar Ashkelon di selatan Israel, menggunakan peluru berpandu hipersonik jenis "Palestine 2".

"(Kedua-dua) operasi ini berjaya mencapai dan mengenai sasarannya," kata jurucakap tentera Huthi, Yahya Saree.

Sejak konflik di Gaza meletus lebih setahun lalu, Huthi telah melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.

Beberapa insiden, termasuk serangan pada Julai lalu mengorbankan seorang warga Israel di Tel Aviv.

Huthi juga kerap menyasarkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel di perairan Laut Merah dan Teluk Aden. -AFP

SITI AISHAH MD ISA