fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas atas bumbung hotel di timur laut Australia

Helikopter terhempas atas bumbung hotel di timur laut Australia

SYDNEY, 12 Ogos- Sebuah helikopter terhempas ke bumbung sebuah hotel di timur laut Australia dan mengakibatkan kebakaran di atas bangunan serta memaksa pemindahan penghuni secara besar-besaran.

Polis dalam kenyataan memaklumkan juruterbang dan seorang penumpang pesawat itu terkorban di lokasi kejadian dan siasatan forensik sedang dijalankan untuk mengenal pasti mangsa terlibat.

Menurut seorang pegawai perkhidmatan kecemasan, serpihan kipas helikopter yang hancur bertaburan di kolam hotel dan seorang lelaki yang cedera parah dirawat di lokasi kejadian.

Ratusan pengunjung telah dipindahkan dari DoubleTree by Hilton, di bandar utara tropika Cairns, selepas helikopter itu terhempas kira-kira pukul 1.50 pagi waktu tempatan.

Imej menunjukkan api marak terang menyala di atas bumbung hotel.

“Mereka baru sahaja terbang ke dalam bangunan itu,” kata suara wanita dalam video yang dikongsi di media sosial dengan berlatar belakang bunyi siren.

Penyelia Queensland Ambulanss Caitlin Denning berkata, kipas pesawat itu tertanggal.

"Satu mendarat di Cairns Esplanade dan terdapat kipas kedua terletak di kolam hotel di tingkat bawah dan ia terbakar," katanya kepada media tempatan.

Polis Queensland berkata tiada kecederaan yang dialami oleh orang ramai.

Cairns ialah hab pelancongan popular yang menawarkan pintu masuk ke Great Barrier Reef yang terkenal di Australia.

Pasukan penyiasat kerajaan dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia telah dihantar ke lokasi nahas. - AFP

ROSLINA BINTI DIN