fb fb fb fb fb

Hamas terbuka kepada 'idea' gencatan senjata Gaza

Israel menyerang kejiranan Shujaiyah di Bandar Gaza di utara Semenanjung Gaza/ AFP

GAZA, 1 Disember- Hamas terbuka untuk membincangkan "semua idea dan cadangan", kata seorang pegawai kanan pejuang Palestin kepada AFP. Perwakilan itu tiba di Kaherah pada Sabtu untuk perbincangan mengenai gencatan senjata di Gaza.

Kumpulan itu "belum menerima sebarang tawaran atau cadangan baharu setakat ini", kata pegawai itu.

Tetapi Hamas "terbuka untuk membincangkan semua idea dan cadangan yang membawa kepada penamatan perang, pengunduran Israel dari Gaza, kemasukan bantuan kemanusiaan dan perjanjian untuk melepaskan tahanan," katanya.

Rundingan itu dibuat selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada Rabu antara Israel dan kumpulan Lubnan Hizbullah.

Susulan perjanjian Lubnan, Amerika Syarikat mengumumkan usaha diplomatik baharu dengan Qatar, Turkiye dan Mesir untuk mencapai gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza, serangan tentera Israel telah meragut 44,382 nyawa.

Satu-satunya gencatan senjata pernah dilakukan pada November 2023.

Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir telah mengetuai pelbagai usaha sejak awal tahun untuk mencapai gencatan senjata baharu dan pembebasan tebusan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI