fb fb fb fb fb

Hamas bebas 20 warga Israel pertukaran untuk 2,000 rakyat Palestin

Foto AFP

KAHERAH, 9 Oktober - Hamas akan membebaskan 20 tahanan Israel, sebagai pertukaran 2,000 tahanan Palestin di penjara Israel.

Ia sebahagian daripada fasa pertama pelan damai bagi menamatkan kekejaman zionis di bumi Gaza.

Sumber pejuang Hamas memaklumkan, pertukaran itu dijangka dilakukan dalam tempoh 72 jam selepas pelaksanaan perjanjian pelan damai, yang dijangka dimeterai hari ini.

Pertukaran itu melibatkan 250 rakyat Palestin yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 1,700 yang yang ditahan tentera rejim sejak perang 7 Oktober 2023.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dihubungi stesen penyiaran Fox News menerusi panggilan telefon memberitahu, kesemua tahanan Israel di Gaza, dijangka dibebaskan Isnin depan.

Ini termasuk mayat warga yang telah meninggal dunia.

Trump juga memaklumkan, Gaza akan dibina semula dengan bantuan negara-negara jiran yang kaya.

Perkembangan itu diumumkan beliau selepas pejuang Hamas dan rejim Israel mencapai kata sepakat untuk memeterai perjanjian fasa pertama pelan damai Gaza yang mengandungi 20 perkara. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN