LONDON, 23 Disember - Aktivis Sweden, Greta Thunberg ditahan polis London pada Selasa ketika menyertai demonstrasi menyokong tahanan mogok lapar pro-Palestin, menurut kumpulan aktivis Palestin.
Penahanan Thunberg menjadikannya individu berprofil tertinggi yang ditahan sejak kerajaan Britain mengharamkan kumpulan Palestine Action di bawah undang-undang antikeganasan.
“Greta Thunberg ditahan di bawah Akta Keganasan ketika protes ‘Prisoners for Palestine’,” menurut kenyataan kumpulan berkenaan.
Tambah kenyataan itu, Thunberg memegang plakad bertulis “Saya menyokong tahanan Palestine Action. Saya menentang pembunuhan beramai-ramai”.
Aktivis berusia 22 tahun itu sebelum ini antara ratusan individu yang menaiki flotila pada Oktober lalu dalam usaha menembusi sekatan Israel ke atas Gaza.
Polis City of London mengesahkan beberapa individu ditahan susulan kerosakan jenayah terhadap sebuah bangunan di kawasan kewangan ibu kota, termasuk penggunaan tukul dan cat merah.
Kerajaan Britain mengharamkan Palestine Action pada Julai lalu selepas aktivis kumpulan itu menceroboh sebuah pangkalan tentera udara dan menyebabkan kerosakan dianggarkan bernilai £7 juta.
Beberapa daripada lapan individu yang kini melakukan mogok lapar telah didakwa berhubung insiden tersebut.
Kumpulan berusia antara 20 hingga 31 tahun itu berdepan perbicaraan berkaitan pencerobohan dan kerosakan harta benda, serta melakukan mogok lapar sebagai bantahan terhadap layanan yang diterima dan menuntut pembebasan dengan jaminan.-AFP